Genre Fantasi

“Genre fantasi? Apa sebenarnya?”

Okay, stop apa yang anda tengah buat. Kita kena sembang-sembang kejap.

Kalau anda fikir genre fantasi ni cuma pasal lelaki pakai baju besi lawan naga, atau ahli sihir baca mantera pelik—anda silap (tapi taklah silap sangat).

Sebenarnya, fantasi adalah genre “otai”. Ia adalah kategori paling lama, paling luas, dan jujur cakap, paling cool dalam dunia penulisan. 😝

Bagi anda yang baru nak celup-celup kaki ke dalam kolam air ajaib ni (sama ada sebagai pembaca atau penulis web novel), anda kena faham satu benda: fantasi adalah satu-satunya tempat di mana anda boleh menulis isu berat macam “kemanusiaan” sambil menunggang penyapu terbang.

Ya. Macam quidditch dalam Harry Potter.

Jadi, jom kita kenal lebih lanjut mengenai genre ini.

1. Dari Mana Datangnya Genre Fantasi? (Sejarah Ringkas)

Sejujurnya, genre fantasi ni bukan baru wujud bila J.K. Rowling tulis pasal Harry Potter.

Dah ada banyak sangat dah penulisan dan novel-novel menarik dalam genre ini sebelum itu lagi. Sebabnya, Harry Potter sendiri terinspirasi (empat rumah dalam siri tu) daripada salah satu siri yang lebih lama.

Orang-orang zaman dulu pun kuat juga berfantasi. 😂

Zaman Purba

The “OG” Fantasy. Dulu-dulu, orang tak ada TV. Jadi mereka bercerita. Mitos Yunani, legenda Nordik, hikayat Melayu—semua ni adalah asas fantasi.

Kisah dewa-dewi dan pahlawan kebal ni adalah cara orang dulu faham dunia.

Kalau kita di Malaysia, dalam orang dulu-dulu bercerita, banyak diselitkan ilmu, sejarah dan paling penting, nilai murni.

Zaman Pertengahan & Romantik

Kemudian, muncul kisah Raja Arthur dan Knights of the Round Table. Ada pedang ajaib, ada ahli sihir (Merlin!), dan ada misi berbahaya (quests).

Lepas tu, datang pula cerita dongeng dari adik-beradik Grimm dan Hans Christian Andersen.

Tapi anda kena faham. “Cerita dongeng” mereka, yang asal, selalunya gelap (dark), bukan versi Disney yang menyanyi dengan burung tu. Tu versi dah ditapis berkali-kali.

Bapa Fantasi Moden

Masuk abad ke-19, ada seorang lelaki nama George MacDonald. Dia menulis cerita tentang dunia lain semata-mata sebab dia nak, bukan sebab dia bermimpi.

Dia ni kira macam “Bapa Fantasi Moden”.

Dia bukan menceritakan semula kisah-kisah dongeng, hikayat atau sejarah.

George pilih untuk buat cerita dia sendiri.

Era J.R.R Tolkien

Tapi, genre fantasi betul-betul jadi gila bila J.R.R. Tolkien muncul dengan The Lord of the Rings.

Dia bukan setakat tulis cerita; dia cipta Dunia Sekunder yang lengkap dengan bahasa, sejarah, dan peta sendiri.

Dia tetapkan standard untuk “High Fantasy” sampaikan berpuluh tahun lepas tu, semua orang cuba tiru gaya dia.

2. Apa Ramuan Rahsia Genre Fantasi?

Macam mana nak beza Fantasi dengan Sci-Fi?

Mudah je.

Kalau kapal angkasa rosak sebab fius terbakar, itu Sci-Fi.

Kalau kapal angkasa rosak sebab naga gigit enjin, itu Fantasi.

Senang kan nak faham?

Untuk penerangan yang lebih terperinci, ini adalah tiga bahan utama untuk genre fantasi.

a. Pembinaan Dunia (Worldbuilding)

Ada sesetengah penulis, dia akan mulakan dengan melukis peta dunia tu sendiri.

Tak kisah la lukis cincai-cincai ke upah orang ke, tapi memang akan sampai ke tahap tu. Sebabnya bila dah ada dunia, barulah mudah untuk penulis bina dunia tersebut.

Mungkin kalau dunia tu terlalu besar, penulis akan pecahkan kepada benua, wilayah, empayar, bandar dan mungkin pekan atau kampung untuk permulaan cerita.

Dengan cara ini, penulisan akan dapat dikembangkan dengan lebih baik dan setiap arc dapat ditulis dengan lebih terperinci.

Sebagai contoh, dalam siri web novel, pattern memang akan sama. Tambah-tambah kalau novel China untuk cerita yang ada martial arts tambah kuasa.

Watak utama memang akan mula di kampung atau pekan. Kemudian akan ada konflik dengan keluarga-keluarga di kawasan tu.

Kemudian selesai di situ, dia akan ke bandar besar pula. Konflik baru atau matlamat baru.

Eh. Dah lari jauh dari apa nak dicerita. 😅

Sebenarnya, ia bukan sekadar lukis peta cantik. Semua ini untuk mencipta realiti dan flow yang lebih masuk akal dan mudah difahami pembaca.

Dalam pembinaan dunia, ada dua jenis:

  • Dunia Sekunder: Dunia rekaan sepenuhnya (macam Middle-earth atau Roshar). Anda kena fikir pasal cuaca, politik, sampai ke jenis makanan yang jembalang makan.

  • Dunia Utama (Primary World): Dunia kita, tapi ada ‘rahsia’. Macam Harry Potter. Kita nampak London, mereka nampak Diagon Alley. Konflik utamanya? Kena sorok kuasa sihir dan segala apa yang berkaitan dengannya daripada orang biasa (Muggle).

b. Sistem Magis (Magic System)

Sistem magis ialah peraturan yang mengawal kuasa ajaib dalam cerita. Ia memberikan kredibiliti kepada perkara yang mustahil.

 

  • Sistem Magis Keras (Hard Magic System):

    Peraturan dan batasan sihir adalah jelas dan difahami oleh watak dan pembaca.

    Watak boleh menggunakan sihir untuk menyelesaikan masalah, tetapi mereka mesti mematuhi undang-undang dan batasan yang ditetapkan.

    Ini membolehkan penulis mewujudkan ketegangan intelektual dan membuatkan watak menggunakan sihir secara strategik.
    .

  • Sistem Magis Lembut (Soft Magic System):

    Sihir lebih misteri, kurang berstruktur, dan kadangkala tidak dijelaskan sepenuhnya.

    Ia digunakan untuk mewujudkan suasana kagum, misteri, atau kuasa ghaib.

    Fokus utama adalah pada emosi dan tema, bukan mekanik.

    c. Wira & Perjalanan (The Hero’s Journey)

    Selalunya, watak utama ni bukan siapa-siapa. Dia mungkin budak ladang atau orang yang dibuang keluarga.

    Tiba-tiba, dia kena selamatkan dunia. Dia akan jumpa Mentor Bijak (biasanya orang tua yang suka cakap berbelit), lawan Dark Lord, dan akhirnya jadi wira.

    Klise? Mungkin.

    Tapi setakat ni, flow macam ni memang berkesan.

      d. Metafora dan Tema Kompleks

      Di bawah permukaan keajaiban, genre ini sering menangani isu-isu realiti yang berat.

       

      • Kuasa dan Rasuah:

        Bagaimana kuasa sihir atau politik merosakkan moral (sering dilihat dalam Fantasi Gelap).
        .

      • Perbezaan Kaum dan Diskriminasi:

        Konflik antara ras elf, kurcaci, dan manusia seringkali menjadi metafora untuk perkauman dan toleransi.
        .

      • Takdir vs. Kebebasan Memilih:

        Sama ada watak ditentukan oleh ramalan atau mereka memilih takdir mereka sendiri.

        Fantasi membolehkan penerokaan falsafah ini dengan dramatik.

        III. Subgenre Fantasi

        Keluasan skop fantasi adalah lebih jauh mengatasi genre-genre lain.

        Untuk memudahkan anda faham, saya akan pecahkan kepada subgenre yang utama dan turut menyentuh beberapa yang kurang dikenali.

        a. Subgenre Utama (Major Subgenres)

        Subgenre Penerangan Terperinci Contoh Popular
        Fantasi Tinggi (High/Epic Fantasy) Berlatar di Dunia Sekunder yang sepenuhnya rekaan. Skala konflik adalah epos, melibatkan takdir dunia, kerajaan, dan pertempuran besar antara Kebaikan vs Kejahatan. Ia cenderung serius, mempunyai sejarah yang panjang, dan selalunya siri yang berbilang jilid. The Lord of the Rings, The Wheel of Time, Mistborn.
        Fantasi Rendah (Low Fantasy) Unsur magis hadir secara terhad atau tersembunyi dalam dunia yang sebaliknya normal atau serupa dengan dunia kita. Watak utama adalah manusia biasa dan fokusnya adalah pada kesan sihir ke atas kehidupan seharian, bukan peperangan besar. A Song of Ice and Fire (elemen sihir muncul secara perlahan), Tigana.
        Fantasi Bandar (Urban Fantasy) Magis dan makhluk ghaib wujud di Bandar moden dunia nyata. Ia sering kali mempunyai suasana Noir atau penyiasatan. Watak utama selalunya berurusan dengan keseimbangan antara dunia manusia dan dunia ghaib yang tersembunyi. The Dresden Files, Rivers of London.
        Fantasi Gelap (Dark Fantasy) Menggabungkan Fantasi dengan elemen Seram (Horror). Dunia yang diceritakan adalah tempat yang kejam, penuh korupsi, dan nilai moral adalah subjektif. Watak utama selalunya anti-wira dan naratif menolak harapan Happily Ever After. Berserk, The Witcher, Prince of Thorns.
        Fantasi Sejarah (Historical Fantasy) Berlatar pada era sejarah sebenar dunia kita, tetapi dengan penambahan magis atau makhluk mitos. Penulis perlu melakukan penyelidikan yang mendalam untuk mengekalkan ketepatan latar masa. Jonathan Strange & Mr Norrell, His Majesty’s Dragon.

            b. Subgenre Niche dan Inovatif (Less Common Subgenres)

            Subgenre Penerangan Teras Ciri Utama dan Contoh
            Fantasi Romantik Menggabungkan elemen fantasi (tinggi/bandar) dengan fokus utama pada hubungan percintaan yang mendalam dan kompleks. Perkembangan hubungan watak adalah nadi naratif. Konflik dunia mungkin ada, tetapi didorong oleh atau mempengaruhi percintaan.
            Fantasi Ilmiah Mencampurkan elemen sihir dengan teknologi fiksyen sains. Sempadan antara sihir dan sains sengaja dikaburkan. Teknologi mungkin terasa seperti sihir, atau sihir dijelaskan melalui prinsip separa-sains.
            Fantasi Portal Watak dari dunia nyata berpindah atau terperangkap ke dunia fantasi lain (dunia sekunder). Cerita berkisar tentang kejutan budaya, penyesuaian watak, dan perjuangan untuk kembali ke dunia asal. Contoh: Alice in Wonderland, siri Narnia.
            Fantasi Grimdark Variasi Fantasi Gelap yang lebih ekstrem, dicirikan oleh nihilisme dan sinisme. Dunia dicemari rasuah menyeluruh, keganasan grafik, dan tiada wira yang benar-benar baik. Ia adalah genre yang paling gelap dan menolak harapan.
            Fantasi Slice of Life Menumpukan pada kehidupan seharian yang tenang dan interaksi santai watak dalam latar fantasi yang indah. Menekankan suasana yang selesa (cosy) dan relaksasi, mengabaikan atau mengurangkan konflik berskala besar yang mengancam dunia.

            IV. Kesimpulan dan Penutup

            Jangan salah faham.

            Menulis fantasi bukan bermaksud anda lari dari realiti.

            Bukan juga bermaksud anda memesongkan akidah. Ramai yang salah faham. Kalau tak baca buku fantasi pun, berapa banyak filem dan drama yang boleh memesongkan akidah. Tapi kita semua tahu dan faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

            Kita ambil semua ini sebagai hiburan.

            Lagipun, dengan genre fantasi, anda sebenarnya sedang menulis untuk melihat realiti dengan cara baru.

            Bila anda tulis pasal puak yang didiskriminasi, anda sebenarnya tulis pasal perkauman. Bila anda tulis pasal Dark Lord yang tamak kuasa, anda tulis pasal politik dunia sebenar.

            Sama ada anda nak tulis epik perang besar-besaran atau kisah santai minum kopi dengan naga, genre ni bagi anda kebebasan mutlak.

            Batasan anda? Imaginasi anda sendiri. Itulah satu-satunya perkara yang menghalang anda dari menghasilkan masterpiece anda.

            Jadi, tunggu apa lagi? 

            Buka laptop dan mula menulis dunia dan kisah wira anda dan perjalanannya sekarang.