Menara Seribu: Astra Naga
⊞ Fantasi | ♕ Noah | ✎ 30 Bab
Ringkasan
Dia masih di Level 0. Terperangkap di Tingkat Satu dunia Tabun. Sebuah dunia misteri yang wujud di dalam Menara Seribu.
Menara Seribu memanggil 3,000 jiwa yang seterusnya dalam Gelombang Ketujuh. Untuk hidup, para Pendaki perlu membunuh raksasa, mengumpul Mata — Biasa, Mutan, Purba, atau Sakti — untuk naik ke Level seterusnya.
Bagi Pendaki-pendaki lain, ada yang merasakan Menara Seribu adalah penjara, tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai peluang untuk mengubah nasib. Bagi Kael Novera, ia adalah satu-satunya petunjuk yang dia ada.
Gelombang Ketujuh menjadi peluang buat dirinya untuk mencari keberadaan ibu dan bapanya yang tidak pulang ke Gaia selepas terpilih sebagai Pendaki Gelombang Pertama dan Kedua selain ingin merungkai rahsia Menara Seribu.
Namun, selepas sembilan hari, keyakinannya goyah. Dia masih terperangkap di Level 0, di Tingkat Satu, keseorangan, dan ketinggalan jauh. Apapun yang berlaku, Kael tetap memilih untuk bergerak solo di Hutan Tabun yang penuh bahaya.
Dia tidak memiliki Atribut Fizikal yang tinggi, tiada sokongan Keluarga Pendaki atau Penaja, dan hanya bersenjatakan Pisau Perak Gred F. Asetnya yang tunggal hanyalah Kecerdasan dan Nasib — dua Atribut yang dipandang rendah di Tingkat Satu.
Ketika ganjaran Mata Biasa mula mengering dan Misi Utama semakin hampir, Kael harus menggunakan kecerdasannya untuk terus hidup. Namun, takdir mempunyai rancangan lain. Satu pertemuan yang tidak dijangka dengan Azurion, seekor naga purba yang ingin melalui proses kelahiran semula, memberikannya satu pilihan mustahil untuk ditolak: membunuh naga itu dan mewarisi kuasanya.
Pilihan itu menganugerahkannya Astra Naga — sebuah kuasa Raksasa Sakti yang tidak sepatutnya dimiliki oleh Pendaki Level 0 — dan mengubah nasibnya buat selama-lamanya.
Mampukah dia merungkai misteri Menara dan bertemu semula dengan keluarganya? Atau adakah dia akan gugur sebagai satu lagi korban tanpa nama sebelum sempat menemui kebenaran?
Isi Kandungan
Bab 15: Nama Bab
Bab 16: Nama Bab
Bab 17: Nama Bab
Bab 18: Nama Bab
Bab 19: Nama Bab
Bab 20: Nama Bab
Bab 21: Nama Bab
Bab 22: Nama Bab
Bab 23: Nama Bab
Bab 24: Nama Bab
Bab 25: Nama Bab
Bab 26: Nama Bab
Bab 27: Nama Bab
Bab 28: Nama Bab
Bab 29: Nama Bab
Bab 30: Nama Bab