“Novel fantasi Melayu? Aku tak minat genre ni.”
Saya tahu itulah apa yang bermain di fikiran anda sekarang.
Bila sebut saja pasal Novel Melayu, imej pertama yang muncul dalam kepala selalunya sama: Seorang CEO yang dingin, gadis kampung yang polos, dan drama kahwin paksa yang tak berkesudahan.
Imej kedua, cerita-cerita mistik dan seram. Memang jarang juga sebenarnya untuk ada penulis yang memilih genre fantasi untuk novel Melayu.
Sebabnya mudah.
Kurangnya sambutan dalam kalangan pembaca tempatan.
Sebab itulah saya dan rakan-rakan penulis di platform Novel Melayu cuba untuk menulis dan berkongsi lebih banyak siri web novel fantasi.
Tapi jangan salah faham. Genre lain pun ada.
Kalau anda peminat genre fantasi—jenis yang suka naga, sihir, pedang, dan dungeon—anda mungkin rasa susah nak cari.
Anda mungkin fikir, “Ada ke Novel Fantasi Melayu macam yang di luar negara kat pasaran? Atau aku kena baca novel terjemahan sampai tua?”
Dengar sini. Saya dan platform Novel Melayu ada berita baik dan berita buruk.
Berita buruknya: Memang novel cinta masih mendominasi rak buku kedai fizikal.
Berita baiknya: Genre fantasi Melayu sebenarnya sedang bangkit, cuma tempatnya dah berubah. Ia bukan lagi di rak buku berhabuk, tapi di dunia digital.
Kami memilih untuk bermula dengan web novel dan secara digital. Sebabnya, untuk novel fantasi, tak cukup 30-50 bab.
Memang nak kena 300-500 bab atau mungkin kalau dapat sambutan, kita buat 3000 bab. 😆
Sebagai seorang penulis web novel yang hari-hari bergelumang dengan deadline (dan Writer’s Block), ini senarai peribadi saya untuk novel fantasi lokal yang bukan sekadar “cerita hantu”, tapi betul-betul epik.
1. Lagenda Yang Tak Boleh Dilupa (The OGs)
Sebelum kita sembang pasal novel baru, kita kena hormat orang lama. Kalau anda tak pernah baca dua nama ni, anda belum lulus jadi peminat fantasi lokal.
-
Siri Laksamana Sunan (Ramlee Awang Murshid): Ini wajib. RAM adalah “Stephen King” Malaysia, tapi dengan silat dan tasawuf. Laksamana Sunan bukan sekadar lawan orang jahat, dia merentas dimensi (portal fantasy) dan lawan jembalang. Aksi dia padu, plot dia laju.
-
Saga Artakusiad (Ahmad Patria Abdullah): Kalau orang putih ada Lord of the Rings, kita ada Artakusiad. Ini adalah definisi High Fantasy (Fantasi Tinggi). Bahasa dia agak klasik dan berat sikit, tapi pembinaan dunianya (worldbuilding) memang kelas antarabangsa.
2. Gelombang Baru: Web Novel & LitRPG
Okay, ini bahagian kegemaran saya.
Zaman dah berubah. Penulis fantasi moden (macam saya dan kawan-kawan) dah tak tulis pasal keris terbang semata-mata. Kita tulis apa yang generasi sekarang suka: Sistem Permainan, Leveling, dan Dunia Isekai.
Kalau anda cari Novel Fantasi Melayu Terbaik yang rasa macam baca Solo Leveling atau Sword Art Online tapi dalam jiwa Melayu, anda kena tengok kategori ini.
-
Menara Seribu (Karya Saya Sendiri – Shameless Plug!) Tak salah kan saya rekemen buku sendiri? Menara Seribu adalah antara projek-projek saya untuk platform Novel Melayu. Untuk informasi lanjut, boleh baca sini. Kalau anda suka tengok watak utama bermula dari bawah dan perlahan-lahan jadi overpowered, cubalah baca. Saya tulis ni khas untuk orang yang dah bosan dengan drama cintan-cintun.
-
Sistem Infiniti Satu lagi projek yang tengah saya usahakan. Sama, saya dah siap tulis lebih 100 bab dan anda boleh baca 30 bab pertama secara percuma di sini.
Kesimpulan: Jangan Putus Asa Dengan Karya Lokal
Kalau dulu, nak mencari Novel Fantasi Melayu Terbaik tu memang susah.
Sebab tak ramai yang berani tulis. Tapi sekarang, ramai penulis-penulis baru muncul.
Memang susah nak jumpa, nak nampak penulis-penulis ni promote buku, tapi bila jumpa dan dapat baca karya mereka, kepuasannya memang lain macam.
Industri buku kita mungkin nampak macam penuh dengan novel cinta, tapi di sebalik itu, ada komuniti penulis fantasi yang sedang berkembang pesat secara online.
Kami menulis sebab kami pun macam anda—kami nak tengok hero tempatan lawan naga, bukan setakat lawan perasaan.
Jadi, jom sokong karya lokal. Mula dengan membaca, kemudian kalau berani… tulislah cerita fantasi anda sendiri.
Siapa tahu, mungkin karya anda yang akan masuk dalam senarai “novel fantasi Melayu terbaik” ini tahun depan?